Short Story

Tergantung

Bismillahirahmanirrahim

Assalammualaikum wbt.

Aku tersedar di atas sebuah tilam yang empuk. Tidak pernah aku merasa tilam seempuk ini. Aku mengesat mataku yang masih lemah ditawan rasa mengantuk itu.

Bagaimana aku berada di atas sini pun aku tidak ingat. Lebih tepat lagi aku tidak ingat apa-apa tentang yang berlaku sebelum ini.

Perlahan-lahan aku membetulkan posisi aku dari keadaan terlentang kepada posisi duduk yang lebih selesa. Aku melunjurkan kakiku sambil tanganku digunakan untuk menyokong kedudukanku ketika itu. Kedua-dua tapak tanganku menyentuk tilam yang empuk itu.

Ketika itu aku menyedari, semakin ligat tanganku digerakkan, semakin hilang tilam itu. Seakan-akan kabus yang hilang bila aku mengibaskan lenganku. Tumpuanku kini pada tempat aku berbaring. Aku mengibaskan lagi tempat berbaring itu. Lama-kelamaan ’tilam’ empuk itu lesap.

Aku kini terapung, ternyata tilam yang aku baring tadi rupanya ialah awan. Aku berada di langit. Seakan tergantung antara hidup dan mati. Aku menoleh sekelilingku, mencari sesuatu yang mungkin boleh menjadi klu kepada kejadian misteri yang sedang menimpaku. Tetapi, musibah di bawah tapak kakiku lebih menarik perhatianku. Aku ternampak semua orang bertempiaran lari.

Air yang deras menghempas mereka tanpa belas kasihan. Hanya sebuah bangunan yang kukuh tersergam di situ. Satu-satunya tempat yang belum dilanda musibah itu. Kelihatan seorang lelaki sedang memegang budak perempuan dengan erat dalam dakapannya. Jarak aku dengan dia mungkin beribu kilometer jauhnya tetapi aku mampu melihatnya dengan jelas malah gerak bibirnya juga begitu mudah dan cepat dapat aku tafsirkan.

“Fara, jom main sorok-sorok. Tutup mata,kira sampai sepuluh.”

“Tapi pa, kenapa bising sangat ni? Susahlah nak kira.”

“Fara kira je. Papa nak pergi sorok dah ni.”

“Satu, dua, tiga, empat…”

Semakin erat dakapan lelaki itu. Aku mengalihkan pandangan, tidak sanggup melihat apa yang terjadi seterusnya. Buku? Di sampingku terdapat sebuah buku yang terbuka. Aku mencapai buku itu. “Sejak bila ada buku pula ni?” Aku menyelak muka surat sebelumnya, pada waktu yang sama juga bunyi bising itu terhenti.

“Tiga, dua…”

Aku melihat semula ke bawah, buku yang ada dalam tangan aku seakan berfungsi sebagai sebuah alat kawalan jauh. Masa diundurkan sewaktu aku menyelak buku itu.

Bangunan yang ranap kini berdiri teguh semula.

Jalan yang tenggelam tadi kini menjadi kering seakan tidak pernah ditimpa hujan.

Manusia-manusia tadi yang aku lihat sudah tidak bernyawa mula berlari semula.

Keadaan yang huru-hara tadi menjadi tenang semula.

Seakan kejadian tadi tidak pernah berlaku…

Jika itu mimpi, mengapa keresahan dan kerisauan yang aku rasakan itu seperti benar-benar berlaku?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s