Personal

Hilang

Bismillahirahmannirahim

Assalammualaikum wbt

Pernah luangkan masa fikirkan tentang hidup kau? This is based on real story kay! It happened months ago. Penggunaan kata ganti nama diri ‘Aku’ adalah untuk menambahkan kedramatikan cerita ini.

Hilang

Aku berdiri di lobi sekolah,sendiri. Bayang-bayang manusia lain tidak lagi kelihatan di sekitarku. Jarum jam pada tangan kananku sudah menunjukkan waktu tiga suku petang petang. Sunyi. Aku dapat dengar bunyi burung berkicauan,angin menyapa tubuhku yang kini terasa amat penat setelah seharian berada di sekolah. Aku berlegar kemudian duduk kemudian berdiri lagi dan berjalan tanpa arah tuju. Pekarangan lobi itu langsung tidakku tinggalkan. Aku melihat jam lagi,”Ah,3.20. Lama lagi ni.” Aku duduk semula,termenung jauh ke arah luar. Benar,kesunyian yang terlampau boleh membuatkan orang berasa tidak tentu arah,masa terasa seakan langsung tidak bergerak. Seksa rasanya penantian itu. Aku mengeluarkan sebuah novel yang sudah lama bermastautin dalam begku. Sungguh lama aku tidak menyelak muka surat novel itu. Memang aku tidak seberapa gemar membaca namun aku sering membawa novel ke hulu hilir bersamaku kerana aku tahu akan ada masa-masa tertentu di mana aku amat memerlukannya misalnya sekarang. Aku menyelak buku itu,tiba-tiba sekeping kertas terjatuh ke lantai. Aku mengutip semula kertas yang berlipat dua itu. Terdetik di hatiku,mungkin ia hanyalah nota-nota remeh yang pernahku selit di dalam novel ini dek kerana terlalu kelam-kabut. Entah mengapa,perasaan ingin tahu menikam diriku lebih kuat daripada selalu. Aku membuka lipatan kertas itu. Tulisan yang ada pada kertas itu aku amati,aku yakin itu ialah tulisanku sendiri. Namun ayat yang tertera pada kertas itu amat asing padaku. Aku langsung tidak ingat bila atau mengapa aku menulis kalimah itu.

“Past is past. You can’t change it. Don’t try to change it. Accept it. Move on.”

Rasa sedih menikam diri tatkala memori pahit yang berlaku disebabkan kealpaan diri singgah ke benak fikiran. Mengapa aku berusaha mengubahnya sedangkan aku tahu aku tak mampu?

Senyuman terukir di bibir apabila teringatkan kenangan manis yang pernah tercipta dahulu. Aku terlalu mengaguminya sehingga aku seakan-akan lupa tentang masa kini. Aku sedar ia akan menghancurkan masa depanku namun aku tetap lalai dibuai masa lalu.

Aku termenung apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa yang agak kelabu. Kelabu? Peristiwa yang tidak jelas hitam atau putihnya,sedih atau bahagia,benar atau salah untukku dan kadang-kadang membingungkan sehingga aku tidak tahu aku patut menangis atau ketawa.

Aku ketawa tatkala teringatkan diriku yang pernah menangis kerana benda-benda remeh dan tidak berguna. Tetapi aku sedar,itulah yang membuatkan aku menjadi aku yang sekarang.

Aku terdiam sebentar. Benarkah apa yang aku buat sekarang ini? Patutkah aku lupakan segala kisah silam yang membantu aku menjadi aku yang sekarang?

“Neezah,jom balik.”

Lamunanku terhenti. Jam dah menunjukkan pukul empat suku. Aku tersenyum gembira,teruja nak balik ke katil kesayanganku setelah seharian di sekolah. Kelihatan seakan perkara tadi langsung tidak pernah terjadi.

THE END

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s