Monodrama PART 1

Bismillahirahmannirahim

Assalammualaikum wbt.

Haa,ini salah satu karya lepas boring time habis exam! Lama gila tak tulis cerpen ni. Berkarat sikit otak nak tulis tapi Alhamdulillah siap. First try cerita romantik-romantik sikit,tak sangka menjadi pulak!

Liyana yang terlewat untuk ke kelasnya lari dengan laju menuju bilik kuliahnya yang terletak di bangunan blok C. Tiba-tiba dia terlanggar salah seorang pelajar baharu yang sedang sibuk mencari bilik pejabat. Buku yang ada di tangan Liyana terlepas dan terjatuh ke lantai,pelajar itu cuba menolong dia mengangkat buku-buku itu tetapi terhalang apabila seorang lelaki menolongnya. Dia cuba menegur Liyana tetapi Liyana terus lari ke bilik kuliahnya. Lelaki yang membantu Liyana tadi memperkenalkan dirinya, “Hai,nama saya Zulkifli,panggil je Zul.” Dia menghulurkan tangannya, “Nama saya Adrian,panggil Ian je.” Mereka berjabat tangan.

“Perlukan bantuan ke? Macam tercari-cari sesuatu saya nampak.”

“Ya,saya sedang cari bilik pejabat,dah habis round universiti ni. Besar sangat,tak jumpa-jumpa.” Adrian juga sudah bermandi peluh selepas berlegar-legar di universiti baharunya itu. Dia agak tercengang-cengang kerana universiti itu sangat luas,seperti rusa masuk kampunglah katakan.

“Laa,nak cari pejabat rupanya. Tak hairanlah,lagipun kau memang budak baru. Saya pun dulu selalu tersesat.” Zulkifili mengaku yang universiti mereka itu memang agak luas. Waktu dia mula-mula berada di sini pun dia kerap sesat,hendak ke tandas pun susah,terpaksa berteman. Dia faham dengan situasi Adrian. Dia membawa Adrian ke bilik pejabat,agak jauh juga bilik pejabat itu dari tempat mereka sekarang. Dalam perjalanan mereka ke situ,mereka terdengar beberapa pelajar perempuan berbisik sesama mereka.

“Budak baru ke tu?”

“Hensem giler wei.”

“Single ke tu?”

Zulkifli mencuit bahu kawannya itu,”Ian,nampaknya kau dah popularlah.” Zulkifli memang tidak menafikan ketampanan dan gaya santai Adrian yang membuatkan ramai hati gadis terpaut padanya. Adrian tidak mempedulikan mereka,dia masuk ke dalam bilik pejabat sendirian kerana Zulkifli perlu pergi ke bilik kuliahnya. Dia memperkenalkan dirinya, “Selamat pagi,Tuan. Nama saya Mohd Adrian. Saya ingin melaporkan diri.”

Liyana dimarahi oleh pensyarahnya sekali lagi kerana terlewat, “Hari-hari lewat! Kamu nak belajar ke ni? Tolong jaga disiplin kamu.” Liyana menundukkan kepalanya,dia memang selalu lewat,hampir setiap hari. Masalah insomnianya langsung tidak memberikan dia peluang untuk rehat pada waktu malam,sehingga menyebabkan dia selalu terlajak tidur dan lewat ke kelas. Tambahan lagi,dia hanya tinggal sendirian di dalam asrama. Tiada yang dapat mengejutkannya bangun jika dia terlajak tidur. Dia pergi ke tempat duduknya. Selepas 15 minit kelas bermula,pintu bilik itu terbuka dengan perlahan. Adrian masuk ke dalam bilik kuliah itu,pensyarah menyuruh dia memperkenalkan diri.

“Nama saya Mohd Adrian,boleh panggil Ian je. Umur 25 tahun…” Pensyarah itu tidak memberi peluang kepadanya untuk menghabiskan ayatnya.

“Sambung belajar ke?”

“Ya.”

“Sebelum ni kerja apa?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut pensyarah itu.

“Penyanyi.”

“Oh penyanyi,kenapa tak teruskan je? Mesti banyak untung kan?”

“I think study is more important than that..”

“Well,nyanyi sikit untuk diorang boleh?”

Seluruh bilik kuliah itu bergema dengan suara pelajar yang teruja. Adrian tiada pilihan selain menyanyikan beberapa baris lagu ciptaannya. Semua orang bertepuk tangan,mereka kagum dengan suaranya. Pandangan Adrian hanya tertumpu pada Liyana. “Macam kenal..Bukan budak tadi ke?” terdetik di hatinya.

Dia duduk di belakang Liyana,matanya tidak lekang melihat Liyana. Dia langsung tidak menumpukan perhatian. Waktu kuliah tamat,semua orang keluar ke kafeteria termasuk Liyana. Adrian hanya mengekori Liyana. Liyana membeli makanan kemudian duduk di salah satu meja tanpa berteman. “Ok,ini peluang aku.” Dia pergi ke meja Liyana dan duduk di situ, “Hai,sendiri ke? Biar saya teman.”

“Duduk je lah.” Liyana malas melayan kerenahnya,moodnya tidak seberapa baik selepas dimarahi oleh pensyarah.

“Hey,can I have your name..or maybe your phone number?” Dia membuat lirikan matanya yang nakal. Jelas sekali,hatinya telah terpaut pada gadis berkaca mata dan berambut ikal mayang itu sejak kali pertama memandangnya. Liyana menghabiskan air sirapnya dengan cepat, “Saya dah habis,saya dah lambat ni,saya perlu pergi ke bilik kuliah.” Dia terus meninggalkan kafeteria itu.

“Dia main susah nak dapat ke?” Adrian mengeluh sambil menyuapkan beberapa suap nasi lemak ke dalam mulutnya untuk menghilang rasa laparnya. Gelagatnya diperhatikan oleh sekumpulan pelajar perempuan. Salah seorang dari mereka bersuara, “Wah,dia memang hensemlah. Dahlah suara sedap,pandai pula tu.” Rakannya yang duduk di sebelahnya turut menongkatkan dagunya sambil berkata, “Betul tu. Hensem kan dia,Lina?”

Hazlina terus memerhatikan Adrian, “Aku tahu dia hensem tapi buat apa dia dekat-dekat dengan Liyana tu.” Perasaan cemburu mula terzahir di batinnya,mana taknya jejaka idaman universiti itu seakan sudah tertambat hatinya pada seseorang,melepaslah peluang mereka nak memikat dia.

“Elleh,jeleslah tu. Mungkin cousin dia kot,tulah rapat.” Kata Suzy.

“Ha-ah,janganlah hipokrit sangat,Lina.” Celah Rozi.

Hazlina tidak mempedulikan celoteh dua rakannya itu,matanya hanya terpaku pada seseorang iaitu Adrian.Dia melihat Adrian yang sedang sibuk menjamah makanan tengah hari di meja yang tidak jauh dari mereka sambil tersengih-sengih,tanpa berkelip mata sekalipun.

“Lina?” Suara itu tidak dihiraukan.

“Lina!” Suara Rozi menyedarkan Hazlina dari lamunan indahnya.

Suzy mengusik Hazlina, “Laa,kawan kita sorang ni dah angau nampaknya. Aku nak tegur Adrianlah.”

“Dah kenapa nak tegur dia?” Hazlina menjegilkan bola matanya.

“Tenanglah,Lina. Kitorang bukan nak tackle dia pun. Cuma nak tolong lamar dia untuk kau.” Rozi menambahkan lagi kicap atas gurauan Suzy sehingga menyebabkan kemarahan Hazlina semakin meruap-ruap.

“Rozi,jom lari. Kawan kita nak meletus dah ni.”

“Ah tidak! Lari!”

Suzy dan Rozi meledakkan gelak tawa mereka,semua mata di kafeteria tertumpu kepada mereka. Masing-masing sudah menutup muka mereka kerana malu,beberapa pengunjung kafeteria menggeleng-gelengkan kepala mereka melihat kelakuan mereka.

“Gara-gara korang berdua aku kena tanggung malu sekali,dah malas nak layan korang. Aku pergi dulu.” Dia menghabiskan baki kuih donut yang ada pada tangannya dan pergi dari situ meninggalkan mereka berdua. Mereka berdua memandang satu sama lain,mereka tahu yang kawan mereka itu sudah mabuk oleh cinta. Cinta tak berbalas…

Selepas menghabiskan makanan tengah harinya,Adrian berangkat untuk mencari bilik asramanya. Sekali lagi,dia tersesat di bahagian asrama lelaki universiti mereka yang besar itu.

“Dah kena beli GPS nampaknya. Besar sangat tempat ni.” Dia mengeluh sendiri.

Bersambung…

>>>Monodrama PART 2

Advertisements

20 thoughts on “Monodrama PART 1”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s